HOME



PELAMIN MINANG 

     Setiap perkahwinan, pernikahan adalah sangat penting bagi membina sebuah keluarga yang bahagia dan sakinah. Begitu juga adat minangkabau, mementingkan ikatan akad nikah yang sah belum mendirikan masjid yang indah untuk pengantin baru.
     Majlis perkahwinan atau walimatulurus adalah hari yang di nanti-nantikan oleh kedua- dua belah pengantin sebagai meraikan ijab kabul yang sah. Bak kata pepatah minangkabau:-

" Adat Basandi kan Syarak, Syarak Basandikan Kitabullah"

    Segala persiapan majlis tunang, nikah, walimatulurus atau persandingan memerlukan persiapan yang panjang dan terperinci bagi kelancaran majlis kahwin itu sendiri.

      Zaman silih berganti, dan kini dekorasi modern banyak di terapkan di majlis perkahwinan di Malaysia. Contohnya tema garden yang menjadi pilihan bakal pengantin kini. Butik dan Andaman Siti mengusung unsur tradisional minang kabau yang harus kita kekal supaya tidak di luput zaman. Butik dan Andaman Siti juga masih mengekal tradisional pelamin minang kabau yang serba unik dan klasik.Butik dan Andaman Siti juga menyediakan perkhidmatan pakej sanding, dalam kemewahan adat minangkabau. Maka jadikan kenangan terindah anda abadi dalam bahtera perkahwinan anda.

    Butik dan Andaman Siti telah berpengalaman selama 7 tahun dalam bidang majlis perkahwinan minangkabau dan majlis perkahwinan modern kontemporari. Decoration dan idea pelamin yang unik dan esklusif menjadi pilihan bakal pengantin untuk majlis perkahwinan mereka. Jika kenapa cari-cari yang lain, kalau ada yang boleh di percayai jangan tunggu lagi segera hubungi kami.

Antara Perkhidmatan yang Butik dan Andaman Siti sediakan ialah:-

  • Pelamin pengantin minang
  • Pelamin pengantin melayu modern
  • Sewa baju minang
  • Sewa baju wedding dress
  • Sewa sunting minang
  • Make up pengantin
  • Make up nikah
  • Gubahan hantaran kahwin
PELAMIN PENGANTIN MINANG


        Butik dan Andaman Siti menyediakan pelamin pengantin minangkabau modern kontemporari yang masih sedikit mengambil budaya melayu. Decoration design pelamin masih juga mengekalkan keaslian tradisional minangkabau, Sumatera Barat Indonesia. Pelamin Pengantin Minang di bawa khas oleh Butik dan Andaman Siti dari Padang, Sumatera Barat. Pelamin Pengantin Minang ini di tempah dan di import dari Indonesia. 
         Pelbagai warna pilihan untuk pengantin boleh mengikut warna tema majlis perkahwinan. Warna pelamin minang tidak hanya tema merah emas tetapi pink silver, purple silver, green gold, blue silver dan cream gold. Keseluruhan bahan adalah bersulam emas atau silver dengan motif ukiran minangkabau unik tradisional. Butik dan Andaman Siti sangat menitik berat keaslian decoration design pelamin yang terdapat dalam pelamin minangkabau contohnya "banta gadang. banta kopek, Payuang, Guling , tabia , tirai, main-main(yang dipasang di pelamin).
             Pelamin Pengantin Minangkabau mempunyai ukuran lebih kurang 20 kaki dan juga boleh di pasang di rumah mengikut kebesaran rumah pengantin. Pelamin minangkabau cantik untuk di pasang di rumah maupn di dewan. Kecantikan lebih terselah dengan kemewahan dan keunikan sulaman tradisional minangkabau yang asli dan unik.

PELAMIN PENGANTIN MELAYU MODERN


Butik dan Andaman Siti juga menyediakan Pelamin Pengantin Melayu Modern yang decoration design pelamin mengikut trend semasa dan trendy. Dekorasi pelamin pengantin melayu exclusive banyak menjadi pilihan pengantin bagi memeriahkan majlis perkahwinan raja sehari. Pelamin warna tema boleh dipilih bagi kesesuaian tema majlis perkahwinan. Kini design decoration bunga terjuntai/bergantung menjadi pilihan pengantin dalam design pelamin. Warna putih banyak dikenakan bagi menampakkan kesucian dan keserian majlis yang serba meriah di hari yang di gilang gemilang. 

Ukurun pelamin pengantin melayu modern mempunyai lebih kurang 20 kaki yang di kira 1 panel bersama 8 kaki persegi. Ukuran pelamin yang besar ini sesuai untuk di dewan atau di canopy dengan ukuran 3 panel. Untuk di rumah ukuran 1 panel  mengikut kebesaran rumah pengantin. Unsur- unsur garden style masih di terapkan bagi mempamerkan seri dekorasi pelamin itu sendiri. 

BAJU MINANGKABAU



Butik dan Andaman Siti mempunyai pelbagai pilihan baju yang menarik dan elegan. Rekaan yang baju yang di design khas oleh designer yang berpengalaman dari Indonesia dan Malaysia. Kemewahan warna emas dan silver menjadi warna utama dalam setiap baju yang di reka. Keunikan dan keaslian motif bunga yang mempertengahkan keaslian tradisional minangkabau di pamerkan. Pelbagai warna yang boleh di pilih untuk pengantin minang kabau atau marapulai dan anak daro. Keunikan dan kemewahan pakaian yang direka pasti menjadi perhatian tetamu yang hadir di majlis perkahwinan itu nanti. Pengantin Minangkabau pasti menjadi bangga ketika memakainya.

SUNTING MINANG





Salah satu aksesori yang menjadi ciri-ciri khas adalah sunting, yang mana menjadi perhiasan di kepalo anak daro(pengantin perempuan minang). Sunting dalam budaya Minang itu adalah terbahagi kepada dua iaitu sunting gadang(besar) dan sunting ketek(kecil).

Sunting Gadang adalah panggilan yang biasa di pakai oleh para pengantin minangkabau perempuan. Manakala sunting ketek adalah untuk dayang-dayang pengiring pengantin minang. Dari segi ukuran, sunting gadang berukuran lebih besar dan lebih berat, maka di sebut oleh orang Padang,Indonesia 'Gadang'. Sedangk, sunting ketek, ukurannya lebih kecil dan ringan. Ketek dalam bahasa minang pula bermaksud kecil.

Perbezaanya ialah jumlah tingkat penyusunan hiasan di kepala. Bagi sunting gadang, jumlah tingkat kembang goyang sunting pada pengantin biasanya jumlah ganjil contonya 11 tingkat dan paling rendah ialah 7 tingkat. Sementara sunting ketek biasanya hanya 2 atau 3 tingkat sahaja. Butik dan Andaman Siti mempunyai pelbagai jenis sunting yang menjadi pilihan pengantin minang.

GUBAHAN HANTARAN



Hantaran menjadi kemestian apabila mengadakan majlis pertunang atau majlis perkahwinan. Pelbagai rekaan gubahan yang di pertengahkan. Butik dan Andaman Siti juga menyediakn perkhidmatan gubahan hantaran untuk majlis perkahwinan. Rekaan khas untuk pengantin atau rekaan pengantin di jadikan pilihan rekaan. Bajet untuk mengikut kehendak pengantin. Hadiahkan hantaran perkahwinan anda dengan rekaan yang exclusive dan mewah.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan